Cerpen -Part 2-
Wednesday, 17 July 2013 | 01:32 | 0 comments
"Angah , kita keluar pukul 3 petang ni la eh ?" ujar Encik Shahril meminta persetujuan ketika mereka bersarapan bersama ."Okay ayah . Yey , angah dapat makan aiskrim mahal . Hehe ." ujar Hamizatul sambil menayangkan wajah yang sangat teruja . Tersuging senyuman di wajah Encik Shahril melihat gelagatnya yang bagaikan kanak-kanak yang teruja bila dihulurkan aiskrim .
"Angah , angah . Umur dah masuk 20 tahun tapi perangai mengalahkan budak kecik ." ujar Encik Shahril sambil mengeleng-gelengkan kepala . Hamizatul hanya senyum sambil menayangkan giginya bila dikatakan seperti anak kecil . Mereka kembali menikmati sarapan .
"Ayah , ummi mana yah ? Tak nampak pun dari tadi ." tanya Hamizatul tiba-tiba . Encik Shahril mengerutkan dahinya seketika .
"Ohh . Ummi dah keluar lepas subuh tadi . Ada aktiviti persatuan katanya ." ujar Encik Shahril setelah agak lama berfikir . Hamizatul hanya mengangguk dan meneruskan suapannya . Umminya sekarang jarang ada dirumah setelah along , kakak sulung Hamizatul berkahwin dan berpindah . Sungguh Hamizatul terkilan memikirkan perubahan yang berlaku didalam keluarganya . Sayu hatinya memikirkan semua itu . Encik Shahril terperasankan perubahan pada wajah anaknya itu .
"Angah , kenapa ni ?" soal Encik Shahril prihatin . Hamizatul menghembuskan nafas panjang dan hanya menggelengkan kepalanya sedikit . Hamizatul cuba senyum walaupun dia tahu senyumannya hambar . Hamizatul segera berlalu ke dapur setelah menghabiskan sarapannya . Encik Shahril tahu apa yang difikirkan anaknya itu . Masalah yang tidak pernah selesai walaupun sudah lama berlalu .
"Angah , ayah tahu susah untuk angah luahkan perasaan angah tapi percayalah angah , selagi angah pendam , selagi tu angah akan rasa sakit ." ujar Encik Shahril sambil berjalan mendekati Hamizatul yang sedang membuang pandang ke arah televisyen yang terbukak di ruang tamu rumah mereka . Hamizatul berganjak ke tepi sofa sedikit untuk Encik Shahril duduk . Hamizatul mengeluh kecil .
"Ayah , kenapa semua ni jadi dekat angah ? Kenapa dugaan datang bertimpa-timpa dalam hidup angah ?" soal Hamizatul dalam sayu . Encik Shahril meraih tangan anaknya lalu diusap lembut .
"Angah , Allah turunkan ujian dekat angah sebab Dia sangat menyayangi angah dan Dia nak tengok sekuat mana iman angah dalam hadapi ujian . Percayalah angah , Allah takkan menguji umatnya lebih dari kemampuan kita . Kalau angah rasa masalah angah terlalu berat , angah salah . Ada orang lain yang ada masalah lagi berat dari angah ." ucap Encik Shahril lembut dan berhemah . Hamizatul sedar yang selama ini dia fikir dia mampu hadapi semuanya sendiri tapi tidak , dia sebenarnya memerlukan seseorang untuk dikongsi cerita .
"Ayah , angah sedar sebenarnya angah tak kuat nak hadapi semuanya sorang-sorang . Angah pendam sebab angah tak nak nampak lemah depan orang lain . Angah tak nak jadi lemah macam dulu , sampai orang lain dengan senang-senang je mainkan perasaan angah ." suara Hamizatul bergetar menahan tangis .
"Angah , pendam sorang-sorang dan cuba untuk tidak menangis tak semestinya menampakkan yang kita kuat dan tabah . Sesekali kita kena meluahkan apa yang kita rasa dan angah kena ingat , Rasulullah SAW sendiri pernah menangis apabila ditimpa ujian . Tapi baginda tetap disanjungi dan dihormati . Inikan pulak kita hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan ." empangan airmata Hamizatul akhirnya pecah . Teresak-esak Hamizatul menangis dibahu ayahnya . Encik Shahril hanya membiarkan anaknya itu meluahkan rasa yang selama ini terpendam kemas didalam hati . Diusap perlahan bahu Hamizatul .
"Terima kasih ayah . Angah lega sangat lepas luahkan semuanya . Terasa ringan je kepala angah ni ." ujar Hamizatul setelah tangisannya semakin reda .
"Kasih diterima . Angah jelah satu-satunya anak ayah yang masih dibawah tanggungjawab ayah . Ayah nak pastikan semua anak-anak ayah gembira ." Hamizatul segera memeluk ayahnya erat . 'Ya Allah , Engkau turunkanlah rahmatMu pada keluarga yang aku kasihi . Bahagiakanlah keluarga kami seperti sedia kala .' doa Hamizatul dalam hati .
Bersambung . . . . (nantikan sambungan yang akan datang)