Welcome To My Paradise !!  Budak comeii || Follow or Dashboard
I'm Yours
About Links Entries

masam manis: Kek Asas 2 Kek Pandan
Saturday 27 July 2013 | 01:03 | 0 comments
masam manis: Kek Asas 2 Kek Pandan: KEK SPAN PANDAN 150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum 1 sudu teh baking powder 150 gm gula kastor 5 biji telu...
cerpen - part 3
Saturday 20 July 2013 | 07:26 | 0 comments
Hamizatul dan Encik Shahril keluar selesai solat zuhur . Mereka bercadang mahu ke Pasaraya Besar Giant sahaja kerana Hamizatul tiba-tiba tidak terasa mahu makan aiskrim jadi mereka pergi ke Giant di atas permintaan Hamizatul yang mahu membeli sedikit barang untuk dibuat kek coklat . Sesampainya mereka di Giant , Hamizatul segera mendapatkan troli dan misi bermula . Hamizatul begitu teruja untuk menyerbu pasaraya Giant sementara Encik Shahril hanya memerhati sambil mengekori anknya itu dari jauh .
"Ayah , jalan la dengan angah . Kenapa ayah jalan jauh-jauh ?" soal Hamizatul apabila ayahnya itu mendekatinya . Dilihat troli yang dibawa mereka penuh dengan segala bahan untuk dibuat kek coklat .
"Dah angah teruja sangat , ayah malas nak kacau angah ." ujar Encik Shahril ringkas .
"Ala , ayah ni . Jomlah jalan dengan angah ." ujar Hamizatul lalu segera ditariknya tangan Encik Shahril supaya berjalan seiring dengannya . Semasa Hamizatul sedang khusyuk meneliti segala jenis bar coklat yang berada di salah satu rak , Encik Shahril memanggilnya .
"Kenapa ayah ?" soal Hamizatul dan memandang wajah ayahnya .
"Angah , ayah nak pergi dekat sana kejap . Nak cari barang . Nanti apa-apa hal ayah call angah okay ?" ujar Encik Shahril sambil menunjukkan satu arah . Hamizatul melihat tempat yang ditunjukkan Encik Shahril sebelum mengangguk setuju . Hamizatul kembali menilik bar coklat yang sesuai untuk kek coklatnya .
"Ish , mana coklat ni ? La , kalau takde coklat tu , tak sedap la kek aku nanti ." rungut Hamizatul apabila bar coklat yang sering digunakannya untuk membuat kek coklat itu tiada . Akhirnya Hamizatul mencapai satu bar coklat yang menjadi pilihan keduanya . Hamizatul masih memandang ke arah pelbagai jenis coklat bar yang tersusun elok di atas rak itu sambil menolak trolinya , mencuba nasib kalau-kalau jumpa bar coklat itu namun tiada . Hamizatul berlalu dari tempat itu dengan perasaan hampa . 'Ayah ni pulak ke mana ? Takkan tak siap-siap lagi cari barang ?' omel Hamizatul sambil matanya meliar nencari kelibat Encik Shahril di sekitar pasaraya itu . Tiba-tiba telefon Hamizatul bordering menandakan ada satu panggilan masuk untuknya .
"Assalammualaikum . Ayah dekat mana ?" soal Hamizatul setelah mengangkat panggilan dari Encik Shahril itu .
"Waalaikummussalam . Angah dah siap cari barang ?" soal Encik Shahril tanpa menjawab soalan dari Hamizatul .
"Dah , tinggal nak bayar je ni . Ayah dekat mana ni ?" soal Hamizatul lagi .
"Angah pergi bayar dulu . Ayah lama lagi ni . Angah tunggu ayah dekat kereta jelah . Kunci kereta kat angahkan ?" soal Encik Shahril .
"Ada . Hmm , okaylah kalau macam tu , angah tunggu ayah dekat kereta . Jangan lama-lama sangat tau ." sempat lagi Hamizatul memberi pesanan .
"Yelah . Assalammualaikum ." Encik Shahril memberi salam . Hamizatul memutuskan talian setelah menjawab salam Encik Shahril . Hamizatul segera menyorong trolinya setelah membayar bahan-bahan yang diambilnya tadi ke tempat letak kereta .


Bersambung (nantikan sambungan yang seterusnya)
Cerpen -Part 2-
Wednesday 17 July 2013 | 01:32 | 0 comments
"Angah , kita keluar pukul 3 petang ni la eh ?" ujar Encik Shahril meminta persetujuan ketika mereka bersarapan bersama .
"Okay ayah . Yey , angah dapat makan aiskrim mahal . Hehe ." ujar Hamizatul sambil menayangkan wajah yang sangat teruja . Tersuging senyuman di wajah Encik Shahril melihat gelagatnya yang bagaikan kanak-kanak yang teruja bila dihulurkan aiskrim .
"Angah , angah . Umur dah masuk 20 tahun tapi perangai mengalahkan budak kecik ." ujar Encik Shahril sambil mengeleng-gelengkan kepala . Hamizatul hanya senyum sambil menayangkan giginya bila dikatakan seperti anak kecil . Mereka kembali menikmati sarapan .
"Ayah , ummi mana yah ? Tak nampak pun dari tadi ." tanya Hamizatul tiba-tiba . Encik Shahril mengerutkan dahinya seketika .
"Ohh . Ummi dah keluar lepas subuh tadi . Ada aktiviti persatuan katanya ." ujar Encik Shahril setelah agak lama berfikir . Hamizatul hanya mengangguk dan meneruskan suapannya . Umminya sekarang jarang ada dirumah setelah along , kakak sulung Hamizatul berkahwin dan berpindah . Sungguh Hamizatul terkilan memikirkan perubahan yang berlaku didalam keluarganya . Sayu hatinya memikirkan semua itu . Encik Shahril terperasankan perubahan pada wajah anaknya itu .
"Angah , kenapa ni ?" soal Encik Shahril prihatin . Hamizatul menghembuskan nafas panjang dan hanya menggelengkan kepalanya sedikit . Hamizatul cuba senyum walaupun dia tahu senyumannya hambar . Hamizatul segera berlalu ke dapur setelah menghabiskan sarapannya . Encik Shahril tahu apa yang difikirkan anaknya itu . Masalah yang tidak pernah selesai walaupun sudah lama berlalu . 
"Angah , ayah tahu susah untuk angah luahkan perasaan angah tapi percayalah angah , selagi angah pendam , selagi tu angah akan rasa sakit ." ujar Encik Shahril sambil berjalan mendekati Hamizatul yang sedang membuang pandang ke arah televisyen yang terbukak  di ruang tamu rumah mereka . Hamizatul berganjak ke tepi sofa sedikit untuk Encik Shahril duduk . Hamizatul mengeluh kecil .
"Ayah , kenapa semua ni jadi dekat angah ? Kenapa dugaan datang bertimpa-timpa dalam hidup angah ?" soal Hamizatul dalam sayu . Encik Shahril meraih tangan anaknya lalu diusap lembut .
"Angah , Allah turunkan ujian dekat angah sebab Dia sangat menyayangi angah dan Dia nak tengok sekuat mana iman angah dalam hadapi ujian . Percayalah angah , Allah takkan menguji umatnya lebih dari kemampuan kita . Kalau angah rasa masalah angah terlalu berat , angah salah . Ada orang lain yang ada masalah lagi berat dari angah ." ucap Encik Shahril lembut dan berhemah . Hamizatul sedar yang selama ini dia fikir dia mampu hadapi semuanya sendiri tapi tidak , dia sebenarnya memerlukan seseorang untuk dikongsi cerita .
"Ayah , angah sedar sebenarnya angah tak kuat nak hadapi semuanya sorang-sorang . Angah pendam sebab angah tak nak nampak lemah depan orang lain . Angah tak nak jadi lemah macam dulu , sampai orang lain dengan senang-senang je mainkan perasaan angah ." suara Hamizatul bergetar menahan tangis .
"Angah , pendam sorang-sorang dan cuba untuk tidak menangis tak semestinya menampakkan yang kita kuat dan tabah . Sesekali kita kena meluahkan apa yang kita rasa dan angah kena ingat , Rasulullah SAW sendiri pernah menangis apabila ditimpa ujian . Tapi baginda tetap disanjungi dan dihormati . Inikan pulak kita hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan ." empangan airmata Hamizatul akhirnya pecah . Teresak-esak Hamizatul menangis dibahu ayahnya . Encik Shahril hanya membiarkan anaknya itu meluahkan rasa yang selama ini terpendam kemas didalam hati . Diusap perlahan bahu Hamizatul .
"Terima kasih ayah . Angah lega sangat lepas luahkan semuanya . Terasa ringan je kepala angah ni ." ujar Hamizatul setelah tangisannya semakin reda .
"Kasih diterima . Angah jelah satu-satunya anak ayah yang masih dibawah tanggungjawab ayah . Ayah nak pastikan semua anak-anak ayah gembira ." Hamizatul segera memeluk ayahnya erat . 'Ya Allah , Engkau turunkanlah rahmatMu pada keluarga yang aku kasihi . Bahagiakanlah keluarga kami seperti sedia kala .' doa Hamizatul dalam hati .



Bersambung . . . . (nantikan sambungan yang akan datang)






Tuesday 16 July 2013 | 08:11 | 0 comments
Assalammualaikum dan hyee . Hari ni Lyza sgt bersyukur sbb masih dipinjamkan nyawa , diberikan nadi yg masih berdenyut dan dikurniakan nafas yg masih berhembus . Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau masih pinjamkan aku tubbuh badan yang sempurna tanpa cacat cela , nyawa yang masih setia didalam tubuhku . Sesungguhnya aku hanya seorang hamba yg telah meminjam tubuh ini buat sementara . Ya Allah , bila sesuatu ujian datang menimpaku , aku sedar bahawa Engkau mahu menguji kesetiaanku padaMu dan melalui ujian itu jugalah aku mulai sedar bahawa Engkau masih menyayangiku , umatMu . So kpd semua yg sedang membaca , ingatlah , walaupun kita disanjung tinggi di dunia , ingatlah yang kita peroleh segala kejayaan itu dengan kebenaranNya . Tanpa tubuh dan nyawa yang dipinjamkan pada kita , tak mungkin kita mampu cipta kejayaan di dunia .


Cerpen -Part1-
| 03:10 | 0 comments
Ini cerpen first Lyza , but still takde tajuk . So apa kata kita sama-2 fikirkan tajuk after habis kita baca cerpen yg Lyza create neyh . And now Lyza harap korang enjoy dgn cerpen Lyza neyh . Thanks .


Write by : Lyza Aziz 

"Sayang ? Kalau angah sayangkan abang Asy , angah takkan fitnah Suhana , tunang abang Asy dan Iqbal , kawan rapat abang Asy . Angah sebenarnya memang tak suka abang ada dalam keluarga ni kan ?" berjurai airmata Hamizatul apabila dituduh sedemikian oleh orang yang sangat dia hormati dan sayangi .
"Tak abang Asy ! Angah tak pernah fikir macam tu ." tegas Hamizatul . 
"Abangggg !!!" Hamizatul terjaga dari lena . Peluh merenik di dahinya , tercungap-cungap nafasnya . Diliarkan matanya ke setiap sudut biliknya dan matanya terhenti ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 3.15 pagi . 
"Astagfirullahaladzim . Aku mimpi rupanya ." Hamizatul meraup-raup wajahnya . Sekali lagi Hamizatul dihantui kenangan pahit yang sering mengekorinya walaupun Hamizatul cuba untuk lari dari kenangan itu . Setitis demi setitis air mata jatuh dari kolam airmata Hamizatul . 'Kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan kenangan itu Ya Allah ?' rintih hatinya sendirian . Menyedari bahawa dia sudah semakin hanyut melayan perasaan sedih , segera Hamizatul bangkit dan berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk . Hamizatul ingin menunaikan solat tahajud , begitulah yang sering Hamizatul lakukan untuk meredakan perasaannya . Dia akan merasa tenang kembali . Hamizatul berteleku di tikar sejadah setelah menunaikan solat sunat tahajud . Sesekali terdengar suaranya berzikir . Lama Hamizatul berzikir sehingga azan subuh berkumandang barulah Hamizatul berhenti dari berzikir . Hamizatul segera bangkit dan menunaikan solat subuh setelah azan subuh sudah tidak kedengaran . Hamizatul melangkah turun ke ruang tamu setelah selesai solat dan membersihkan diri . Kelihatan warga didalam rumah itu masih belum bangun memandangkan waktu baru menunjukkan pukul 5.45 pagi . Hamizatul melangkah ke dapur dan menjengah ke arah peti sejuk melihat jika ada sesuatu yang boleh dimasak untuk sarapan . Hamizatul memutuskan untuk memasak nasi goreng sahaja memandangkan bahan untuk dibuat nasi goreng cukup . Hamizatul leka dengan kerjanya di dapur itu . 
"Angah buat breakfast apa ni ?" soal satu suara dekat di telinga Hamizatul .
"Astagfirullahaladzim !" Hamizatul terkejut lalu segera dia palingkan wajahnya ke arah suara itu . Kedengaran suara orang sedang mentertawakannya . Hamizatul segera menjegilkan matanya .
"Ya Allah , ayah . Terkejut angah tau ." ujar Hamizatul sambil mengurut-urut dadanya . Encik Shahril hanya tertawa melihat wajah cemberut Hamizatul .
"Alalala , kesian anak ayah . Sorry la ngah . Angah la , leka sangat kenapa ? Sampai ayah dah ada dekat belakang pun angah tak perasan ." ujar Encik Shahril cuba memujuk kembali anaknya itu . 
"Kot iye pun , jangan la bisik-bisik macam tu . Nasib baik angah tak pegang parang ke , pisau ke . Kalau tak , angah tak tau la nak jadi apa ." ujar Hamizatul purapura merajuk dengan ayahnya .
"Ala , angah jangan la merajuk dengan ayah . Ayah belanja angah aiskrim nak ?" Hamizatul menahan senyumnya dari dilihat Encik Shahril .
"Ayah ingat angah kecik lagi ke ? Ada ke belanja aiskrim ." ujar Hamizatul jual mahal .
"Eh , la . Dah besar ke anak ayah ni ? Tak sangka pulak ayah ." sakat Encik Shahril .
"Ayah ! Angah dah besar okay ? Dah 20 tahun dah pun umur angah ayah ." Hamizatul mencubit lengan ayahnya kuat . Inilah ayah yang sentiasa cuba untuk mengembirakan hati setiap anak-anaknya . Ayah yang sering ada dikala Hamizatul memerlukan . Seorang ayah yang sangat memahami bahkan sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anaknya . Itulah Encik Shahril .
"Angah !  Tengok tu , orang cakap dengan dia , boleh pulak dia mengelamun ." ujar Encik Shahril tidak berpuas hati .
"Ye ayah . Kenapa ? Ayah cakap apa ?" soal Hamizatul menyedari yang dia sudah jauh mengelamun .
"Tadi angah kata angah dah besarkan ? So , tak payah la ayah belanja aiskrim dah eh ?" ujar Encik Shahril selamba .
"Eh , eh . Mana boleh . Dah janji kenalah tunaikan . Angah nak aiskrim dekat Baskin Robbin ." ujar Hamizatul selamba . Encik Shahril sudah mengekek melihat keletah anaknya yang selamba itu .


Bersambung . . . .( tunggu sambungannya yang akan datang )
about me :)
| 01:55 | 0 comments
Hai . Assalammualaikum .

Nama Nuraliza binti Abdul Aziz . Lyza ni seorang yang kaki NOVEL :-D , gila novel , minat novel . Dan yang seangkatan dengannya . Lyza baca novel yang bergenrekan seram dan of course cinta . Kalau Lyza nak beli novel or pinjam novel , benda pertama yg akan Lyza tengok adalah sinopsis of course . Lyza tak kisah sgt tentang sapa pun pengarang dy or diterbitkan dari mana , Alaf 21 kea , Karya Seni kea , Kaki Novel kea , asalkan jalan ceritanya tip top . Lyza suka cari novel yang lebih kpd jiwa remaja , means yang gila-2 , byk elemen lawak yang dimasukkan . Itupun da ckup utk Lyza , if it about love . And if it about horror , Lyza suka yg betul-2 seram , baru feel . Hmm , okeh la . Lyza chow dulu .
| 01:41 | 0 comments
Assalammualaikum dan hyeee . Lyza nak kongsi something tentang diri Lyza . Actually , Lyza sgt suka buad cerpen sbb Lyza ni jenis yg suka berimaginasi atau lebih tepat lagi suka berangan . haha . Lyza start suka buad cerpen after Lyza mula minat baca novel , walaupun baru sekarang Lyza berani nak kongsi dgn member-2 Lyza tentang minat Lyza neyh .